Visualisasi Pelajar Mengenai Konsep Asid Dan Bes
Kajian yang bertajuk ‘Visualisasi Pelajar Mengenai Konsep Asid dan Bes’ ini bertujuan untuk mengenalpasti visualisasi pelajar mengenai konsep asid dan bes. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang berupa soalan struktur yang memerlukan pelajar untuk melukis zarah (atom, ion dan molekul)...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/10966/1/VISUALISASI_PELAJAR_MENGENAI_KONSEP_ASID_DAN_BES.pdf |
Summary: | Kajian yang bertajuk ‘Visualisasi Pelajar Mengenai Konsep Asid dan Bes’ ini bertujuan untuk
mengenalpasti visualisasi pelajar mengenai konsep asid dan bes. Kajian ini menggunakan instrumen soal
selidik yang berupa soalan struktur yang memerlukan pelajar untuk melukis zarah (atom, ion dan
molekul) dan memberi penjelasan terhadap suatu konsep dan tindak balas kimia dalam tajuk asid dan bes.
Seramai 150 orang responden telah dipilih dari kalangan pelajar tingkatan lima di beberapa buah sekolah
menengah di sekitar Johor Bharu. Respon yang diperolehi daripada pelajar dikategorikan sebagai jawapan
saintifik, kerangka alternatif dan juga tiada respon. Ia telah dipersembahkan dalam bentuk jadual dan
peratusan menurut kekerapan jawapan. Dapatan kajian mendapati bahawa pelajar mempunyai beberapa
kerangka alternatif dan menghadapi masalah dalam menvisualisasikan konsep asid dan bes. Di akhir
kajian ini, penyelidik mencadangkan satu modul pengajaran kemahiran berfikir iaitu strategi metakognitif
yang dapat digunapakai oleh pihak guru untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
mata pelajaran kimia di sekolah.
Katakunci: konsep asid dan bes |
---|