Somatotaip, Peratusan Lemak Dan Ketangkasan Di Kalangan Atlet Karate Peringkat Universiti

Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti ciri-ciri somatotaip atlet-atlet karate peringkat universiti dan melihat perkaitan di antara peratusan lemak dengan tahap ketangkasan mengikut kumpulan somatotaip. Seramai 8 orang atlet karate iaitu (5 lelaki dan 3 perempuan) terlibat di dalam kajian...

全面介绍

书目详细资料
Main Authors: Morazuki , Syahrul Ridhwan, Amran, Shaheliza
格式: 文件
语言:English
出版: 2010
主题:
在线阅读:http://eprints.utm.my/11118/1/Somatotaip.pdf
实物特征
总结:Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti ciri-ciri somatotaip atlet-atlet karate peringkat universiti dan melihat perkaitan di antara peratusan lemak dengan tahap ketangkasan mengikut kumpulan somatotaip. Seramai 8 orang atlet karate iaitu (5 lelaki dan 3 perempuan) terlibat di dalam kajian ini. Subjek menjalani 2 sesi pengujian iaitu ujian klasifikasi somatotaip (Heath and Carter) dan ujian tahap ketangkasan. Ujian yang dijalankan ialah ujian lipatan kulit (triceps, subscapula, suprailiac dan calf), pengukuran lilitan lengan (biceps dan calf) pengukuran lebar tulang (humerus dan femur) dan ujian ‘Hexagon Drill’ untuk ujian ketangkasan. Daripada hasil kajian, didapati bahawa 4 daripada subjek lelaki dan 2 subjek perempuan berada dalam kumpulan endormorphic/mesomorf manakala 2 orang lagi subjek ( seorang lelaki dan seorang perempuan) berada dalam kumpulan mesomorf/endomorph. Hasil ujian korelasi mendapati terdapat perkaitan yang positif tinggi di antara peratusan lemak dengan ketangkasan (r=0.884) bagi kumpulan endomorphic/mesomorf manakala terdapat perkaitan negatif yang sangat tinggi bagi kumpulan mesomorf/endomorf (r=1.000). Ini menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan antara peratusan lemak dengan tahap ketangkasan di kalangan atlet karate mengikut kumpulan somatotaip.