Masalah Yang Sering Dihadapi Oleh Guru Pelatih 3spm Dan 3spt, UTM Semasa Menjalani Latihan Mengajar Bagi Sesi 2007/2008

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah yang sering dihadapi oleh guru pelatih 3SPM dan 3SPT semasa latihan mengajar bagi semester 1, sesi 2007/2008. Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang bertumpu kepada empat aspek utama iaitu kesediaan diri guru pelatih, penyediaan Rancangan Mengaj...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Zanzali, Noor Azlan, Datim, Norazwana
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/11427/1/Masalah_Yang_Sering_Dihadapi_Oleh_Guru_Pelatih_3spm_Dan_3spt%2C_UTM_Semasa_Menjalani_Latihan_Mengajar_Bagi_Sesi_2007_2008.pdf
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah yang sering dihadapi oleh guru pelatih 3SPM dan 3SPT semasa latihan mengajar bagi semester 1, sesi 2007/2008. Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang bertumpu kepada empat aspek utama iaitu kesediaan diri guru pelatih, penyediaan Rancangan Mengajar, penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM), dan kerjasama daripada pihak sekolah. Seramai 49 orang pelajar daripada kursus 3SPM dan 3SPT dipilih sebagai responden. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik yang disediakan mengikut skala Likert dan sesi temubual. Data-data dalam kajian ini telah dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS Versi 13.0 for Windows) berdasarkan kaedah peratusan, kekerapan dan min. Hasil kajian menunjukkan kesediaan diri guru pelatih, penyediaan Rancangan Mengajar, penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM), dan kerjasama daripada pihak sekolah berada pada tahap tinggi.