Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Kerjaya Perguruan Di Kalangan Pelajar-Pelajar Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Pemilihan kerjaya di kalangan pelajar merupakan suatu perkara yang amat penting supaya bidang yang dipilih merupakan pilihan yang tepat untuk kejayaan masa depan seseorang. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya perguruan di kalangan pelajar-pelaja...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Zanzali , Noor Azlan, Rahmat, Noridah
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/11509/1/Faktor.pdf
Description
Summary:Pemilihan kerjaya di kalangan pelajar merupakan suatu perkara yang amat penting supaya bidang yang dipilih merupakan pilihan yang tepat untuk kejayaan masa depan seseorang. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya perguruan di kalangan pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. Kajian ini menggunakan sampel seramai 70 orang responden iaitu pelajar tahun empat daripada Jabatan Sains dan Matematik yang telah dipilih secara rawak mudah. Data berbentuk deskriptif diperolehi melalui satu set soal selidik yang merangkumi latar belakang responden dan persoalan mengenai kajian. Penganalisisan data dibuat dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 15.0 untuk mendapatkan nilai min, peratusan, dan kekerapan. Dapatan daripada kajian menunjukkan nilai min paling tinggi iaitu bagi bakat, personaliti dan kebolehan (3.60), diikuti minat (3.53), kelebihan kerjaya (3.28), keputusan akademik (3.28), dan yang paling rendah iaitu pengaruh ibu bapa (2.82). Keputusan yang diperolehi menunjukkan bahawa bakat, personaliti dan kebolehan merupakan faktor utama responden memilih kerjaya perguruan manakala hanya sedikit sahaja nilai pelajar yang dipengaruhi oleh ibu bapa dalam memilih kerjaya perguruan. Beberapa cadangan telah dikemukakan oleh pengkaji tentang kepentingan faktor-faktor yang dikaji dalam memilih kerjaya perguruan. Diharapkan kajian ini dapat menjadi sumber maklumat kepada pihak-pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan terutamanya kepada bakal guru.