Mengkaji Nisbah Emas Dalam Pertumbuhan Jasad Manusia Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir SPN UTM

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti kewujudan Nisbah Emas pada jasad manusia agar pelajar-pelajar dapat menyedari dan mengagumi kebesaran Tuhan melalui ciptaan-Nya dan seterusnya mengkaji kesesuaian idea ini untuk diselitkan ke dalam P&P Sains. Diharapkan, sesi P&P Sains akan menjadi le...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Kailani , Ismail, Mohamud, Nor Hasmah
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/11511/1/Mengkaji_Nisbah_Emas_Dalam_Pertumbuhan_Jasad_Manusia_Di_Kalangan_Pelajar_Tahun_Akhir_SPN_UTM.pdf
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti kewujudan Nisbah Emas pada jasad manusia agar pelajar-pelajar dapat menyedari dan mengagumi kebesaran Tuhan melalui ciptaan-Nya dan seterusnya mengkaji kesesuaian idea ini untuk diselitkan ke dalam P&P Sains. Diharapkan, sesi P&P Sains akan menjadi lebih menarik dan bermakna dimana tidak berorientasikan peperiksaan semata-mata. Kajian ini melibatkan seramai 40 orang bakal guru Sains iaitu pelajar tahun akhir kursus SPN di Fakulti Pendidikan,UTM. Instrumen kajian ini terdiri daripada set soal selidik yang dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian A terdiri daripada 5 item yang digunakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan demografi responden. Manakala, Bahagian B pula terdiri daripada 15 item yang digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Data yang diperolehi telah diproses menggunakan perisian SPSS untuk Windows versi 13 untuk mendapatkan frekuensi, peratus, min dan nilai p. Hasil kajian menunjukkan bahawa ramai responden yang mengakui kewujudan Nisbah Emas dan kepentingannya dalam membantu pelajar meminati bidang Sains. Kajian juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan diantara kursus responden terhadap skor persoalan kesesuaian.