Summary: | Kajian ini adalah bertujuan untuk membuat perbandingan kapasiti anaerobik antara pemain
futsal dan pemain bola sepak dengan menggunakan Ujian Wingate. Subjek terdiri daripada lima orang
pemain futsal dan lima orang pemain bola sepak Universiti Teknologi Malaysia yang berumur di antara
20 hingga 26 tahun dan mempunyai Body Mass Index (BMI) pada tahap normal. Ujian Wingate
dilakukan dengan menggunakan basikal ergometer dengan menetapkan rintangan berpandukan berat
badan serta kayuhan dengan kelajuan maksima selama 30 saat. Data mentah yang diperolehi akan dikira
dengan empat langkah formula iaitu Peak Power Output (PP), Relative Peak Power (RPP), Anaerobic
Fatigue (AF) dan Anaerobic Capacity (AC). Data mentah juga dianalisis dengan menggunakan perisian
Statistical Package for Social Science versi 14.0 (SPSS 14.0). Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan pada aras keertian p < 0.05. Secara kesimpulannya, kapasiti anaerobik pemain
futsal dan pemain bola sepak adalah berada pada tahap yang sama.
Katakunci: kapasiti anaerobik, pemain futsal, pemain bola sepak, Ujian Wingate
|