Summary: | Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau penggunaan makmal komputer sekolah
dalam kalangan guru-guru sekolah kebangsaan Zon Jementah, Daerah Segamat dalam
pengajaran dan pembelajaran. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti sikap guru, perisian
komputer yang dikuasai dan masalah penggunaan makmal komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran. Responden kajian terdiri daripada 60 orang guru yang mengajar di sekolah
kebangsaan dalam Zon Jementah. Data prima dikumpul dengan menggunakan instrumen soal
selidik dan dianalisis menggunakan perisian “Statistical Package of the Sosial Sciences”(SPSS)
untuk mendapatkan statistik deskriptif dalam bentuk kekerapan, peratus dan min. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa sikap guru dalam penggunaan makmal komputer sekolah adalah pada
tahap sederhana, guru-guru juga mempunyai kemahiran menggunakan perisian komputer yang
paling asas iaitu Microsoft Words dan masalah utama penggunaan makmal komputer ialah
computer yang rosak lambat diperbaiki. Dapatan ini penting kepada pihak pentadbiran sekolah
dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam membuat perancangan strategik aspek
pembangunan sumber manusia khususnya latihan dan aspek pembangunan prasarana sekolah
termasuk kemudahan makmal komputer.
Katakunci :makmal komputer, guru
|