Latihan Rectus Abdominis Yang Sesuai Untuk Atlet Hoki Wanita Negeri

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji perbezaan kontraksi otot rectus abdominis semasa membongkokkan badan bagi kemahiran menggelecek/ membawa bola dalam permainan hoki dengan latihan bangkit tubi, crunches dan curl-up. Subjek terdiri daripada empat orang atlet hoki wanita negeri yang akan bert...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd. Hashim, Asha Hasnimy, Ismail, Norhafizah
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/11679/1/Latihan_Rectus_Abdominis_Yang_Sesuai_Untuk_Atlet_Hoki_Wanita_Negeri.pdf
Description
Summary:Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji perbezaan kontraksi otot rectus abdominis semasa membongkokkan badan bagi kemahiran menggelecek/ membawa bola dalam permainan hoki dengan latihan bangkit tubi, crunches dan curl-up. Subjek terdiri daripada empat orang atlet hoki wanita negeri yang akan bertanding pada SUKMA 2008 di Terengganu yang berumur di antara 15 hingga 19 tahun dan masing-masing mempunyai Body Mass Index (BMI) pada tahap normal. Ujian dijalankan dengan melakukan empat jenis aktiviti iaitu lakuan membongkokkan badan seperti kemahiran menggelecek/membawa bola dalam permainan hoki, bangkit tubi, crunches dan curl-up. Aktiviti otot rectus abdominis subjek diukur dengan menggunakan Biopac Student Lab: Lesson 1 (Electromyography). Data mentah dianalisis dengan menggunakan Perisian Statistical Package for Social Science versi 14.0 (SPSS 14.0). Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap lakuan membongkokkan badan untuk kemahiran menggelecek/ membawa dengan aktiviti bangkit tubi bagi quadrant 1 dan dengan curl-up bagi quadrant 3 dan menerima hipotesis nol yang menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada aras p < 0.05. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan yang signifikan terhadap lakuan membongkokkan badan untuk kemahiran menggelecek/ membawa dengan aktiviti crunches kedua-dua quadrant 1 dan 3, curl-up bagi quadrant 1 dan bangkit tubi bagi quadrant 3. Oleh yang demikian, hipotesis nol ditolak yang menyatakan terdapat perbezaan yang signifikan pada aras p < 0.05. Secara kesimpulannya, lakuan membongkokkan badan untuk kemahiran menggelecek/ membawa bola dalam permainan hoki sesuai dengan latihan bangkit tubi bagi quadrant 1 dan latihan crunches pula sesuai bagi quadrant 3.