Latihan dan Prestasi Kerja Dalam Menggunakan Automasi Industri

Persoalan tentang automasi bukan lagi berkisar sekitar kemampuan syarikat pembuatan melaksanakan pengeluaran dengan automasi tetapi sejauh mana syarikat dapat meningkatkan produktiviti dan menghasilkan produk yang berkualiti melalui tahap kecekapan optimum. justeru itu penggunaan automasi memerlukan...

Полное описание

Библиографические подробности
Главные авторы: Wan Ismail, Wan Khairuzzaman, Fitri Yani, Neng Sri Novi
Формат: Статья
Язык:English
Опубликовано: Faculty of Management and Human Resource Development 2005
Предметы:
Online-ссылка:http://eprints.utm.my/1175/1/WanKhairuzzamanWan2005_LAtihanDanPrestasiKerja.pdf
Описание
Итог:Persoalan tentang automasi bukan lagi berkisar sekitar kemampuan syarikat pembuatan melaksanakan pengeluaran dengan automasi tetapi sejauh mana syarikat dapat meningkatkan produktiviti dan menghasilkan produk yang berkualiti melalui tahap kecekapan optimum. justeru itu penggunaan automasi memerlukan lebih ramai pekerja pengeluaran yang terlatih untuk meningkatkan daya saing industri di pasaran. Bagi memenuhi keperluan ini, latihan perlu dikukuhkan dan dijalankan secara sistematik. Latihan membolehkan seseorang pekerja menjadi lebih cekap, meningkatkan prestasi kerja individu dan seterusnya memberi kesan positif kepada prestasi syarikat. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan mengenai hubungan latihan dalam menggunakan automasi industri dengan prestasi kerja. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan kaedah soal selidik yang diberikan kepada operator dan penyelia di syarikat pembuatan simen di Indonesia. Hasil analisis data menunjukkan tidak terdapat hubungan positif antara latihan dengan prestasi kerja. Dapatan kajian juga menunjukkan majoriti prestasi kerja operator berada di tahap sederhana manakala keberkasnanan dan tahap latihan dalam menggunakan automasi industri secara keseluruhannya berada pada tahap tinggi.