Faktor perbezaan pencapaian akademik pelajar lepasan diploma dan matrikulasi

Tahap pencapaian akademik setiap manusia berbeza antara satu sama lain. Perbezaan ini berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor yang mempengaruhinya. Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi perbezaan pencapaian akademik pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan, Jabat...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Arsat , Mahyuddin, Mohd Ali, Ahmad Farid
Format: Article
Language:English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/11813/1/Faktor_Perbezaan_Pencapaian_Akademik_Pelajar_Lepasan_Diploma_Dan_Matrikulasi.pdf
Description
Summary:Tahap pencapaian akademik setiap manusia berbeza antara satu sama lain. Perbezaan ini berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor yang mempengaruhinya. Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi perbezaan pencapaian akademik pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan, Jabatan Teknik Dan Kejuruteraan lepasan diploma dan matrikulasi di Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru. Kajian ini tertumpu kepada empat persoalan kajian iaitu persediaan pelajar dari segi usia, persediaan pelajar dari segi motivasi, peranan sosial dan latar belakang pendidikan. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik. Nilai pekali kebolehkepercayaan kajian ini adalah ? = 0.827. Data di analisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Science Social (SPSS) Versi 12.0. Hasil keseluruhan kajian menunjukkan faktor persediaan pelajar dari segi usia, persediaan pelajar dari segi motivasi, peranan sosial berada pada tahap tinggi. Hanya faktor latar belakang pendidikan sahaja berada di tahap yang sederhana bagi pelajar lepasan diploma. Bagi pelajar lepasan matrikulasi pula, faktor persediaan pelajar dari segi usia dan peranan sosial berada pada tahap tinggi. Manakala faktor persediaan pelajar dari segi motivasi dan faktor latar belakang pendidikan sahaja berada di tahap yang sederhana. Melalui kajian ini, tindakan boleh diambil untuk memperbaiki tahap pencapaian akademik pelajar diantaranya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan murid dengan mengambil bahagian secara aktif didalam aktiviti kelas seperti memberi pendapat dan idea.