Keperluan Latihan Berbentuk Kursus Untuk Guru Besar

Kajian ini telah dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti keperluan latihan berbentuk kursus untuk guru besar. Kajian ini dijalankan dengan kaedah kualitatif iaitu temu bual terhadap enam orang guru besar yang berbilang kaum, berbeza umur, jantina, tempoh berkhidmat dan pengalaman menjadi guru...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd. Tahir, Lokman, Chua, Lay Kah
Format: Article
Language:English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/11849/1/Keperluan_Latihan_Berbentuk_Kursus_Untuk_Guru_Besar.pdf
Description
Summary:Kajian ini telah dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti keperluan latihan berbentuk kursus untuk guru besar. Kajian ini dijalankan dengan kaedah kualitatif iaitu temu bual terhadap enam orang guru besar yang berbilang kaum, berbeza umur, jantina, tempoh berkhidmat dan pengalaman menjadi guru besar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa jenisjenis kursus yang diperlukan oleh guru besar ialah kursus pengurusan kewangan sekolah, kursus Bahasa Inggeris, kursus pengurusan stres dan kursus pengurusan tatatertib. Di samping itu, guruguru besar menyatakan bahawa kursus-kursus tersebut amat perlu dan penting dalam meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan sikap serta memantapkan pentadbiran organisasi mereka. Hasil dapatan kajian ini telah memberi gambaran bahawa guru besar bersedia berkongsi ilmu dengan guru-guru dan staf supaya mereka lebih jelas dan faham tentang dasar pendidikan. Oleh itu, dicadangkan bahawa pihak Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia atau Institut Aminuddin Baki dapat menganjurkan kursus berbentuk penggabungjalinan teori dengan bengkel atau mempelbagaikan aktiviti dalam kursus supaya mereka lebih mudah mengingati dan mendapat gambaran secara praktikal yang lebih nyata.