Faktor-faktor stres di kalangan guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah jenis kebangsaan Cina daerah Mersing, Johor.

Kajian ini dijalankan untuk menentukan faktor-faktor stres di kalangan guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Daerah Mersing. Seramai 21 orang guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Daerah Mersing dijadikan responden...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Sihes, Ahmad Johari, Ng, Gek Lui
Format: Article
Language:English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/11935/1/Faktor.pdf
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk menentukan faktor-faktor stres di kalangan guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Daerah Mersing. Seramai 21 orang guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Daerah Mersing dijadikan responden dalam kajian ini. Penyelidikan ini adalah berbentuk deskriptif dan menggunakan soal selidik. Faktor yang dikaji meliputi sikap murid, sikap ibu bapa, komunikasi antara guru dan murid, dan sasaran yang ditetapkan oleh pihak atasan. Analisis data dilaksanakan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science 11.5 (SPSS). Hasil analisis menunjukkan aspek komunikasi antara guru dengan murid merupakan aspek yang paling mempengaruhi stres guru-guru Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Daerah Mersing. Ini diikuti dengan sasaran yang ditetapkan oleh pihak atasan. Manakala sikap murid dan sikap ibu bapa kurang mempengaruhi stres guru-guru di kalangan guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Beberapa cadangan dikemukakan untuk menangani masalah stress di kalangan Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Daerah Mersing.