Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya kepimpinan pengetua di dua buah
sekolah menengah di Kluang, Johor. Sejumlah 135 orang responden dilibatkan untuk menjawab
soal selidik yang mempunyai 30 item, yang dibina berdasarkan konsep gaya kepimpinan
menurut Goleman(2000). Nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach intrumen yang
dihasilkan ialah 0.942. Manakala, nilai pekali Alpha Cronbach bagi dimensi yang dikaji adalah
0.748 (teladan), 0.851 (latihan), 0.867 (gabungan), 0.866 (demokratik), 0.913 (autoritatif) dan
0.529 (paksaan). Analisis statistik dilakukan untuk mendapatkan nilai frekuensi dan min dengan
menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 13.0. Dapatan kajian
menunjukkan penggunaan gaya kepimpinan autoritatif berada tahap tinggi, diikuti oleh gaya
gabungan,demokratik,latihan, teladan dan paksaan. Adalah diharapkan pengkaji akan datang
dapat menjalankan kajian lanjutan bertujuan memperbaiki soal selidik yang telah dibangunkan.
|