Pengaplikasian pendekatan pembelajaran aktif di kalangan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap pengaplikasian pendekatan pembelajaran aktif. Kajian tertumpu kepada 3 aspek, iaitu persepsi pelajar terhadap pengaplikasian pendekatan pembelajaran aktif, faktor dominan yang mendorong pelajar untuk terlibat dalam pembelajaran...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Zaid, Norasykin, Ariff, Nurulhidayah
Format: Article
Language:English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/12019/1/Pengaplikasian_Pendekatan_Pembelajaran_Aktif_Di_Kalangan_Pelajar_Tahun_Akhir_Fakulti_Pendidikan_Universiti_Teknologi_Malaysia.pdf
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap pengaplikasian pendekatan pembelajaran aktif. Kajian tertumpu kepada 3 aspek, iaitu persepsi pelajar terhadap pengaplikasian pendekatan pembelajaran aktif, faktor dominan yang mendorong pelajar untuk terlibat dalam pembelajaran dan kelebihan pembelajaran aktif menurut pandangan pelajar. Seramai 71 orang pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan daripada program pengajian SPK, SPP dan SPT telah menjadi responden dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang mengandungi 30 item, dibina berasaskan skala pemeringkatan Likert. Nilai Alpha Cronbach bagi soal selidik ini ialah 0.96 dan data mentah yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan SPSS for Windows Version 11.5. Dapatan kajian menunjukkan tahap persepsi pelajar terhadap pendekatan pembelajaran aktif dalam sesi P&P adalah tinggi dengan nilai min 4.01. Hasil kajian juga menunjukkan antara faktor utama yang mendorong pelajar untuk terlibat dalam pembelajaran aktif adalah faktor interaksi dan komunikasi yang baik antara rakan-rakan. Selain itu, hasil kajian turut menunjukkan kelebihan utama pembelajaran aktif menurut pandangan pelajar ialah dapat memperbaiki kemahiran komunikasi dalam diri mereka. Secara keseluruhannya, penerimaan pelajar terhadap pembelajaran aktif adalah positif.