Pengetahuan kepimpinan, kemahiran pengurusan, dan sikap Ketua Panitia Sains di sekolah kebangsaan

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk melihat pengetahuan kepimpinan, kemahiran pengurusan, dan sikap ketua panitia sains dalam melaksanakan tugasnya. Seramai 49 orang guru yang terdiri daripada sebelas orang Guru Penolong Kanan 1 dan 38 orang guru mata pelajaran Sains di sebelas buah sekolah Kebang...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Rahman, Mohd Anuar, Jumaat, Shafila
Format: Article
Language:English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/12044/1/Pengetahuan_Kepimpinan.pdf
Description
Summary:Kajian deskriptif ini bertujuan untuk melihat pengetahuan kepimpinan, kemahiran pengurusan, dan sikap ketua panitia sains dalam melaksanakan tugasnya. Seramai 49 orang guru yang terdiri daripada sebelas orang Guru Penolong Kanan 1 dan 38 orang guru mata pelajaran Sains di sebelas buah sekolah Kebangsaan Zon Pekan Nanas, Daerah Pontian telah dijadikan responden kajian. Kajian ini menggunakan soal selidik yang dibina berdasarkan kepada Hellinger(1987) bagi melihat pengetahuan kepimpinan.; Plunket and Arthur(1994) bagi melihat kemahiran pengurusan dan Gardner(1985 ) bagi melihat sikap. Satu kajian rintis telah dilakukan kepada 16 orang guru di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud Iskandar (2), Pontian bagi melihat kebolehpercayaan item. Nilai alpha bagi pengetahuan kepimpinan(0.9097); kemahiran merancang(0.6319), kemahiran mengelola(0.6284), kemahiran memimpin(0.8271), kemahiran mengawal(0.8565) dan sikap(0.8087). Data-data yang diperoleh diproses dengan menggunakan Statistical Package for Social Science(SPSS versi 13.0). Hasil kajian menunjukkan, pengetahuan kepimpinan Ketua Panitia Sains adalah paling tinggi, diikuti kemahiran merancang, kemahiran mengelola, kemahiran memimpin dan kemahiran mengawal. Manakala sikap terhadap tugas berada pada tahap tinggi. Berdasarkan kepada dapatan kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan.