Penggunaan simulasi komputer bagi merealisasikan fenomena tidak sahih : satu alternatif mewujudkan konflik kognitif dalam pembelajaran sains

Dalam mempelajari sains, konsep alternatif yang dibina oleh pelajar bukan sahaja seringkali bercanggah dengan teori sains tetapi keadaan ini turut menghambatkan proses pengajaran dan pembelajaran sains. Dalam usaha memperbaiki konsep alternatif, artikel ini membincangkan penggunaan simulasi komputer...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ting, Choo Yee, Arshad, Mohammad Yusof
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UTM Press 2000
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/12268/1/TingChooYee_PenggunaanSimulasiBagiMerealisasikanFenomena2000.pdf
Description
Summary:Dalam mempelajari sains, konsep alternatif yang dibina oleh pelajar bukan sahaja seringkali bercanggah dengan teori sains tetapi keadaan ini turut menghambatkan proses pengajaran dan pembelajaran sains. Dalam usaha memperbaiki konsep alternatif, artikel ini membincangkan penggunaan simulasi komputer bagi merealisasikan fenomena tidak sahib bagi mewujudkan konflik kognitif yang berupaya memperbaiki kefahaman pelajar dalam mempelajari sains. Untuk itu, satu perisian berasaskan simulasi komputer telah dibina bagi merealisasikan fenomena tidak sahib dalam mengkaji hubungan antara konsep jisim(m), kekenyalan(k) dan tempoh ayunan(1) dalam Sistem Ayunan Spring Berbeban. Bagi menguji keberkesanan perisian, lima belas orang pelajar sekolah menengah telah dipilib untuk berinteraksi dengan simulasi komputer. Data diperoleh secara data logging komputer dan proses pengesahan konflik kognitif dan perubahan konsep dilakukan secara temubual. Hasil kajian menunjukkan penggunaan simulasi komputer yang merealisasikan fenomena tidak sahib berupaya mewujudkan konflik kognitif dan membantu pelajar dalam memahami konsep sains yang abstrak. Dengan itu, kajian ini membuka satu lambaran barn mengenai penggunaan simulasi komputer fenomena tidak sahib bagi meningkatkan kefahaman pelajar memahami konsep sains yang abstrak yang tidak dapat direalisasikan secara eksperimen sebenar.