Summary: | Pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris memerlukan kemahiran dan strategi pengajaran berkesan menghasilkan pendidikan yang sempurna.Untuk mencapai misi ini,guru mestilah mempunyai tahap pencapaian yangtinggi dalam penggunaan bahasa Inggerisbagi merealisasikan pembelajaran menggunakan bahasa tersebut dalam kedua-duasubjek ini.Kementerian Pelajaran telahdan sedang melaksanakan pelbagai programlatihan untuk membantu guru-guru untukmeningkatkan penguasaan bahasa Inggeris.Walaupun program yang dirangkamenjanjikan satu pencapaian yang baik,keberkesanannya masih terlalu awal untukdilihat terutama dari aspek kebimbangan guru itu sendiri terhadap pengajaranmenggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasapengantar di dalam kedua-dua subjektersebut. Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap kebimbangan di kalangan guruMatematik dan Sains sekolah rendah kebangsaan Tahun Satu terhadap pengajaran subjektersebut di dalam bahasa Inggeris.Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakankaedah soal selidik English Language Anxiety Scale (ELAS)(Horwitz, et.al., 1986) yang melibatkan 75 orang guru Matematik dan Sains dari 18 buah sekolah kebangsaan disekitar Johor Bahru.Dapatan kajian inimenunjukkan bahawa tahap kebimbangan guru matematik dan sains adalah pada tahap sederhana.Dapatan kajian juga menunjukkanbahawa tahap kebimbangan terhadap tiga sub-skala kebimbangan berdasarkan faktor demografi seperti jantina,status perkahwinan,pengalaman mengajar dan umur adalah pada tahap sederhana
|