Ketepatan Kaedah Pengekosan Berasaskan Aktiviti (Abc) Berbanding Kaedah Pengekosan Tradisional Dalam Pengekosan Produk: Pemangkin Kepada Program 6-Sigma

Para pengurus mungkin tidak menyedari bahawa teknik pengekosan yang digunakan untuk menyediakan laporan kewangan yang mematuhi peraturan percukaian adalah tidak sesuai digunakan bagi tujuan membuat keputusan strategik berkaitan harga jualan, kawalan dan program pengurangan kos. Kertas kerja ini bert...

ver descrição completa

Detalhes bibliográficos
Principais autores: Harun, Muhammad Adli, Mohd. Rohani, Jafri, Wan Hamid, Wan Harun
Formato: Artigo
Idioma:English
Publicado em: Penerbit UTM Press 2002
Assuntos:
Acesso em linha:http://eprints.utm.my/1313/1/JT37A2.pdf
Descrição
Resumo:Para pengurus mungkin tidak menyedari bahawa teknik pengekosan yang digunakan untuk menyediakan laporan kewangan yang mematuhi peraturan percukaian adalah tidak sesuai digunakan bagi tujuan membuat keputusan strategik berkaitan harga jualan, kawalan dan program pengurangan kos. Kertas kerja ini bertujuan menerangkan dan membincangkan kepada pihak pengurusan kesan penggunaan teknik pengekosan tradisional dan seterusnya mencadangkan kaedah pengekosan alternatif iaitu pengekosan berasaskan aktiviti (ABC). Teknik ini menyediakan maklumat yang lebih tepat untuk membuat keputusan. Kajian kes dan analisis telah dilakukan bagi membuktikan bahawa teknik pengekosan tradisional yang diamalkan oleh kebanyakan syarikat menghasilkan keputusan yang kurang tepat berbanding dengan pengekosan ABC. Metodologi pengekosan ABC juga dilihat dapat diintegrasikan dengan metodologi 6-Sigma untuk peningkatan kualiti produk atau proses.