Summary: | Modal merupakan satu perkataan yang sering diucapkan oleh
hampir semua ahli masyarakat di seluruh dunia termasuk masyarakat
Malaysia. Menurut Becker (2007), pada kebanyakan individu di dunia
pada hari ini modal seringkali merujuk kepada wang yang berada
di dalam akaun simpanan mereka (malah berapa akaun yang mereka
miliki!), atau saham yang dimiliki serta bilangan kilang yang dibina
di sesebuah kawasan perindustrian. Ini merupakan contoh-contoh
bentuk modal yang sering dikatakan aset seseorang yang sangat
berharga untuk menjana pendapatan (Becker, 2007). Bentuk-bentuk
modal yang dicadangkan oleh Becker seperti yang digariskan di atas
merupakan modal fizikal yang dapat dilihat (tangible capital) yang
sangat berkait rapat dengan elemen kewangan bagi individu atau
organisasi. Modal yang dibangunkan berdasarkan aset kewangan di
atas merupakan faktor utama yang menentukan kejayaan organisasi
pada era ekonomi yang berasaskan pengeluaran. Bagaimana pula
dewasa ini?
|