Tranformasi PTV ke arah melahirkan modal insan kelas pertama

Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) merupakan suatu pendekatan pendidikan yang berorientasi latihan dan memberi penekanan pada apa yang perlu dilakukan di tempat kerja sebagai hasil sama ada untuk memenuhi keperluan kerja atau meningkatkan perkembangan individu. Pendekatan pengajaran dan pembelaj...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Rosleh, Irwan
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/14920/1/Tranformasi__PTV_ke_arah_Melahirkan__Modal_Insan_Kelas_Pertama-eprint5.pdf
Description
Summary:Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) merupakan suatu pendekatan pendidikan yang berorientasi latihan dan memberi penekanan pada apa yang perlu dilakukan di tempat kerja sebagai hasil sama ada untuk memenuhi keperluan kerja atau meningkatkan perkembangan individu. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan modul kompetensi terdiri daripada modul – modul yang dipecah menjadi segmen hasil pembelajaran yang mesti dicapai berdasarkan pada standard yang ditetapkan oleh industri. Penilaiannya bertujuan untuk memastikan setiap pelajar mencapai semua keputusan (kemahiran dan pengetahuan) yang diperlukan oleh industri. Namun begitu, dalam dunia yang semakin mencabar, gabungan kemahiran serta pengetahuan berorientasikan pekerjaan sahaja didapati tidak mencukupi dalam usaha membangunkan potensi individu secara menyeluruh. Oleh itu, penerapan modal insan dalam pendidikan PTV harus diberi perhatian sebagai satu medium yang boleh digabungkan dengan unsur-unsur pendidikan dan memberikan kesan yang lebih baik kepada individu, institusi pendidikan kemahiran malahan dalam aspek pembangunan negara. Penerapan modal insan harus dimulakan diperingkat awal pendidikan jika mahu melahirkan generasi yang berkemahiran tinggi disamping memiliki ciri-ciri modal insan kelas pertama. Penulisan ini menggarap isu-isu berkaitan dengan peranan PTV dalam membangunkan potensi individu secara menyeluruh supaya menampilkan ciri-ciri modal insan yang berminda kelas pertama yang sering diperdebatkan akhir-akhir ini.