Persepsi siswi terhadap faktor-faktor yang memainkan peranan untuk mendirikan rumah tangga: satu tinjauan di Fakulti Pendidikan

Peningkatan kadar gejala sosial di kalangan remaja di Malaysia dari tahun ke tahun telah menimbulkan kebimbangan dalam masyarakat terutamanya golongan yang bergelar ibu bapa yang mempunyai anak remaja. Tambah membimbangkan lagi, apabila sebahagian remaja yang terlibat dalam kancah gejala sosial sepe...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Sansabil, Mohd. Noor, Sulaiman Shakib, Mustaffa, Mohamed Sharif
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2006
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/151/2/SansabilIsmail2006_Persepsisiswiterhadapfaktor-faktor.pdf
Description
Summary:Peningkatan kadar gejala sosial di kalangan remaja di Malaysia dari tahun ke tahun telah menimbulkan kebimbangan dalam masyarakat terutamanya golongan yang bergelar ibu bapa yang mempunyai anak remaja. Tambah membimbangkan lagi, apabila sebahagian remaja yang terlibat dalam kancah gejala sosial seperti penagihan najis dadah, merokok, mencuri, berkhalwat, seks bebas luar nikah dan pelacuran adalah mereka yang masih di alam persekolahan dan yang sedang menuntut di pusat-pusat pengajian tinggi (IPT). Sehubungan dengan ini, suatu kajian mengenai tajuk "Persepsi Siswi terhadap Faktor-Faktor Yang Memainkan Peranan Untuk Mendirikan Rumah Tangga. Satu Tinjauan Di Fakulti Pendidikan" telah dilaksanakan bagi mencari pendekatan yang boleh menyumbang ke arah mengurangkan keterlibatan remaja dalam kancah gejala sosial khusus yang berkaitan dengan masalah seksual seperti berkhalwat, seks luar nikah (zina), hamil luar nikah, pembuangan bayi dan pelacuran. Kajian ini meninjau persepsi pelajar wanita terhadap faktor-faktor yang memainkan peranan penting dalam mendorong mereka mendirikan rumahtangga. Persoalan kajian yang difokuskan ialah faktor ibu bapa, ekonomi, agama dan kemahiran keibubapaan dalam mendirikan rumahtangga. Kajian ini dijalankan ke atas pelajar wanita kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Jentera (SPJ), Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Elektrik (SPE), Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Awam (SPA), serta Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup (SPH) Tahun Tiga di Fakulti Pendidikan. Seramai 50 orang siswi telah dipilih dari keempat-empat kursus ini. Kajian telah menggunakan instrument soal selidik dan menggunakan kaedah analisis SPSS ( Statistical Package For Science Social) bagi mendapatkan kekerapan dan min. Dari analisis data, telah menunjukkan bahawa faktor ibubapa dan status ekonomi merupakan faktor utama dalam mendorong pelajar remaja wanita mendirikan rumahtangga, manakala faktor agama dan kemahiran keibubapaan berada pada tahap sederhana. Pengkaji di akhir kajian ini telah mengemukakan beberapa cadangan dan saranan yang difikirkan sesuai kepada pihak tertentu seperti para remaja wanita, pihak UTM dan Jabatan Agama Islam berkaitan tajuk yang dikaji.