Simulasi airbumi bagi akuifer cetek pesisir pantai di Lembangan Sungai Kelantan

Penekanan terhadap teknik simulasi aliran airbumi adalah penting sebelum model simulasi digunakan dalam meramalkan perubahan turus airbumi. Teknik menjana model simulasi perlulah melalui prosedur-prosedur seperti menentukur, analisis sensitiviti dan pengesahan sebelum ia digunakan sebagai alat ramal...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Tajul Baharuddin, Mohamad Faizal, Abd. Rahman, Norhan, Mohd. Amin, Mohd. For
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UTM Press 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/1551/1/JTKK39B1.pdf
Description
Summary:Penekanan terhadap teknik simulasi aliran airbumi adalah penting sebelum model simulasi digunakan dalam meramalkan perubahan turus airbumi. Teknik menjana model simulasi perlulah melalui prosedur-prosedur seperti menentukur, analisis sensitiviti dan pengesahan sebelum ia digunakan sebagai alat ramalan perubahan turus airbumi. Beberapa andaian dan permudahan perlu dibuat kerana dalam membina model simulasi seperti keadaan di lapangan adalah sukar untuk dilaksanakan. Model simulasi yang digunakan adalah “Aquifer Simulation Model for WINdows� (ASMWIN) yang menggunakan persamaan beza terhingga aliran airbumi dalam bentuk dua dimensi bagi akuifer tak terkurung. Keputusan ramalan simulasi airbumi pada tahun 2050 menunjukkan hampir kesemua paras turus airbumi di setiap loji di daerah Kota Bharu akan berada di bawah kedudukan teratas skrin terutamanya pada musim kering. Kajian ini dapat membantu pihak bertanggungjawab dalam merancang pengurusan air pada masa akan datang dengan lebih berkesan.