Summary: | Kertas Kerja Ini Membincangkan Usaha Pembangunan Masyarakat Luar Bandar Sebagaimana Digariskan Dalam Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar Atau Dikenali Juga Sebagai Transformasi Kedua Luar Bandar. Gerakan Desa Wawasan (GDW) Antara Lain Adalah Untuk Menimbulkan Kesedaran Bagi Melakukan Perubahan Paradigma, Sikap, Amalan Dan Aspirasi Di Kalangan Masyarakat Di Desa Yang Juga Selari Dengan Matlamat Transformasi Kedua Pembangunan Luar Bandar Dan Wawasan 2020. Masyarakat Desa Yang Akan Muncul Ialah Yang Berdaya Tahan, Berinisiatif, Berdikari, Berilmu Dan Berdisiplin Dan Mampu Menggunakan Teknologi Komunikasi Dan Maklumat (ICT). Menyedari Betapa Pentingnya GDW Ini Dalam Membina Rakyat Malaysia Yang Proaktif Dan Berdaya Tahan Dalam Dunia Yang Serba Mencabar Hari Ini Menyebabkan Kerajaan Telah Bersetuju Menukar Nama Gerakan Desa Wawasan Kepada Gerakan Daya Wawasan Bagi Mempertegaskan Kepada Usaha Anjakan Paradigma Di Kalangan Masyarakat Luar Bandar.
|