Summary: | Tatacara Kehidupan beradab Islam (TKBI) ialah tatacara kehidupan rutin harian Islam. Tatacara ini terdiri daripada adah kehidupan harian termasuk; i.makan dan minum, ii.tidur, iii.berkenderaan, iv.masuk dan keluar rumah, v.masuk dan keluar tandas dan lain-lain. TKBIbukanlah setakat satu cara hidup yang membezakan kehidupan Islam atau pun tidak, tetapi juga mempunyai kepentingan rohani dan jasmani kanak-kanak dan orang yang mengamalkannya. Oleh sebab itu, TKBI merupakan salah satu aspek penting dalam pendidikan pembangunan Insan Islam bagi anak-anak yang berada di peringkat sebelum baligh. Mereka banyak menyerap kelakuan dan tindakan orang di sekeliling mereka terutamanya ibu bapa, kawankawan dan guru-guru ketika mereka berada dalam tahap umur ini. Hasil daripada cerapan itu, terpancarlah cara hidup harian mereka sehinggalah ke umur remaja dan dewasa. Ini dibuktikan dalam satu kajian tahap amalan tatacara kehidupan beradab di kalangan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Justeru itu, Islam mempertanggunjawabkan kepada ibu bapa dan pendidik untuk untuk menerapkan tatacara kehidupan ini dengan beberapa kaedahyang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. supaya tatacara kehidupan beradab ini dapat diaplikasikan dengan baik oleh kanak-kanak.
|