Pendekatan Temubual Sebagai Metod Kajian Kes Di Kalangan Pelajar Terhadap Bimbingan Dan Kaunseling

Penyelidikan dijalankan ke atas enam orang pelajar perempuan cemerlang tingkatan empat berusia di antara 15 hingga 16 tahun yang tidak pernah berjumpa kaunselor. Penyelidikan telah dijalankan disebuah sekolah menengah harian bertujuan untuk mengkaji persepsi mereka terhadap Perkhidmatan Bimbingan da...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mustapha, Mohd. Sharif, Ahmad, Roslee
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
English
Published: 2005
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/2212/1/91.DrMuhdSharif%26Roslee.pdf
http://eprints.utm.my/2212/2/RosleeAhmad2005_PendekatanTemubualSebagaiMetodKajian.pdf
Description
Summary:Penyelidikan dijalankan ke atas enam orang pelajar perempuan cemerlang tingkatan empat berusia di antara 15 hingga 16 tahun yang tidak pernah berjumpa kaunselor. Penyelidikan telah dijalankan disebuah sekolah menengah harian bertujuan untuk mengkaji persepsi mereka terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.Penyelidikan dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif melalui temubual dengan pelajar. Perisian Atlas/ti versi 4.1 telah digunakanuntuk menganalisis transkripsi temubual, membina tema, kategori dan subkategori persepsi pelajar-pelajar tersebut. Keputusan menunjukkan pelajar-pelajar mempunyai persepsi yang positif dan percaya perkhidmatan tersebut boleh memberi bimbingan akademik dan kerjaya serta boleh membantu mereka menyelesaikan masalah. Namun fenomena itu masih belum cukup untuk mendorong mereka berjumpa kaunselor. Ini adalah kerana mereka masih mempunyai persepsi yang negatif terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam aspek kerahsiaan, kurang bersedia berkongsi masalah, rasa rendah diri, dan tidak yakin kaunselor dapat menyelesaikan masalah peribadi mereka. Implikasi dan beberapa cadangan untuk penambahbaikan perkhidmatan tersebut juga diberikan.