Summary: | Kertas kerja ini meninjau pengaplikasian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) dalam pengajaran guru mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (Ekonomi Rumah Tangga) di 20 buah sekolah menengah di daerah Kota Bharu, Kelantan. Objektif kajian ialah melihat sejauh mana pengaplikasian kemahiran berfikir sewaktu set induksi, penyampaian isi, melakukan amali, menutup pengajaran dan membuat penilaian pengajaran semasa sesi pengajaran dan pembelajaran(P & P) yang berlaku di dalam kelas. Borang soal selidik dan diedarkan kepada 53 responden. Data dianalisis menggunakan SPSS 11.0 For Windows untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengaplikasian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif sewaktu set induksi, penyampaian isi, melakukan amali, menutup pengajaran dan membuat penilaian pengajaran berada pada tahap pengaplikasian yang tinggi dengan min 4.43. Hasil kajian menunjukkan seramai 96.46 % mengaplikasikan KBKK semasa set induksi, 80.43% semasa menyampaikan isi pelajaran, 96% semasa melakukan amali, 94.33% semasa menutup pengajaran dan 90.75% semasa membuat penilaian.
|