Keberkesanan aktiviti ko-kurikulum (sukan) : Perbandingan di antara sekolah menengah teknik dan sekolah menengah akademik harian

Kegiatan sukan merupakan satu elemen penting ke arah pertumbuhan kecerdasan kendiri individu yang meliputi aspek fizikal, mental, sosial dan emosi yang di wajibkan di setiap sekolah. Oleh itu kajian yang berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah berlakunya keberkesanan pendidi...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Yahaya, Azizi, Hashim, Shahrin, Abd. Muthalib, Yusof, Yahaya, Noordin
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2002
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/2290/1/ukm_Sukan_.pdf
Description
Summary:Kegiatan sukan merupakan satu elemen penting ke arah pertumbuhan kecerdasan kendiri individu yang meliputi aspek fizikal, mental, sosial dan emosi yang di wajibkan di setiap sekolah. Oleh itu kajian yang berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah berlakunya keberkesanan pendidikan kokurikulum di Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Akademik dari dimensi input, proses dan produk yang di perkenalkan oleh Stuffiebeam. Instrumen kajian adalah satu set soal selidik yang diberikan oleh penyelidik sendiri kepada 163 orang pelajar untuk mendapatkan data secara sistematik yang melibatkan Sekolah Menengah Teknik Kulim, Sekolah Menengah Teknik Butterworth, Sekolah Menengah Tikam Batu dan Sekolah Menengah Kota Kuala Muda, Kedah. Segala data yang diperoleh dikumpulkan dan dikodkan seterusnya diproses dengan menggunakan program SPSS yang menjurus kepada angka peratus dan nilai min yang berpandukan kepada skala likert setuju, sangat setuju, tidak pasti, tidak setuju dan sangat tidak setuju. Kajian yang dijalankan mendapati beberapa kelemahan-kelemahan pada bidangbidang tertentu. Penyelidik mencadangkan kepada pihak pengurusan sekolah agar memainkan peranan dengan lebih berkesan lagi. Adalah diharapkan apa yang dikemukakan ini menjadi satu panduan dan maklumat yang berguna lagi bermakna kepada pihak tertentu supaya memperbaiki manamana aspek yang wajar. Semoga usaha kita akan berjaya dan diberkati Allah.