Pembentukan kerangka maklum balas mengikut kesesuaian pelajar

Maklum balas merupakan salah satu elemen yang penting dalam sistem pembelajaran berasaskan web. Maklum balas merupakan satu alat yang berkuasa yang mampu mempengaruhi pembelajaran dan juga pencapaian. Olehitu, maklum balas yang dijanakan oleh sistem perlu menyokong dan berkemampuan dalam mempertingk...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mailok, Ramlah, Tasir, Zaidatun, Yahya, Noraffandy
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2007
Subjects:
Description
Summary:Maklum balas merupakan salah satu elemen yang penting dalam sistem pembelajaran berasaskan web. Maklum balas merupakan satu alat yang berkuasa yang mampu mempengaruhi pembelajaran dan juga pencapaian. Olehitu, maklum balas yang dijanakan oleh sistem perlu menyokong dan berkemampuan dalam mempertingkatkan pembelajaran pelajar. Maklum balas akan menjadi lebih efektif apabila ia mengikut keupayaan dan keperluan pelajar (personalised feedback). Kertas kerja ini akan membincangkan tentang kerangka maklum balas lepas yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dan memberikan tumpuan kepada pembentukan kerangka maklum balas yang bersesuaian dengan keadaan dan keperluan seseorang pelajar berdasarkan tahap pengetahuan, analisis kesilapan dan juga pengetahuan sedia ada.