Summary: | Dalam bab ini beberapa cara membina hubungan berkesan dengan anak akan mensyorkan berdasarkan kemahiran berkomunikasi. Cara pertama yang melibatkan pemahaman pemikiran anak-anak adalah cara yang akan membantu ibu bapa mengetahui dan lebih perinci tentang pemikiran, tingkah laku dan perasaan anak sehingga boleh menyebabkan anak-anak berfikir dengan betul apabila mereka bercakap. Terdapat empat cara yang berkesan dalam memahami pemikiran anak-anak. Antaranya ialah memberi kebebasan kepada anak-anak untuk menyuarakan pendapat, membantu anak-anak memberi suatu informasi dengan tepat dan terperinci, membantu memahami cakapan dan tingkah laku anak-anak dan membantu anak-anak berfikir kembali apa yang dikatakan sebelumnya. Cara kedua yang berfokus pada mengatasi permintaan dan bantahan anak-anak ialah cara yang boleh membantu ibu bapa menarik balik apa yang dikatakannya dan membantu anak-anak memikir dengan lebih matang. Antara teknik-teknik ialah teknik melihat aspek yang baik, teknik berdiri pada pendirian anak-anak, teknik selalu menyokong pendapat anak-anak dan teknik mencari kelebihan dan kekuatan anak-anak. Cara ketiga dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan bersama anak-anak ialah cara membantu anak-anak menyelesaikan masalah mereka dengan berdikari, membolehkan anak-anak bekerja sama dengan ibu bapa, membantu anak-anak membuat keputusan yang betul dan memberi galakan apabila anak-anak telah gagal. Antara teknikteknik ialah mengenali masalah, tawar-menawar, meluahkan masalah dan ketidakpuasan kepada anak dan arahan membuat begini.
|