Kajian terhadap proses membuat keputusan dalam tingkah laku membeli di kalangan pengguna: kajian kes di Johor Bahru.

Kajian ini bertujuan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi proses membuat keputusan di kalangan pengguna dalam membeli sesuatu barangan di tiga buah pasaraya besar di Johor Bahru iaitu Pasaraya Giant di Tampoi dan Plentong serta Pasaraya Carrefour. Seramai 480 orang pengguna lelaki dan perempuan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Panatik, Siti Aisyah, Mad Shah, Ishak, Rajab, Azizah
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Teknologi Malaysia 2004
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/2691/1/71897.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi proses membuat keputusan di kalangan pengguna dalam membeli sesuatu barangan di tiga buah pasaraya besar di Johor Bahru iaitu Pasaraya Giant di Tampoi dan Plentong serta Pasaraya Carrefour. Seramai 480 orang pengguna lelaki dan perempuan telah dipilih sebagai responden kajian yang terdiri daripada Melayu,Cina dan India. Kaedah persampelan rawak mudah telah digunakan untuk pemilihan sampel kajian. Objektif pertama kajian ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi proses membuat keputusan dalam pembelian barangan di kalangan pengguna. Di samping itu, kajian ini turut melihat perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi proses membuat keputusan pembelian barangan di kalangan pengguna berdasarkan jantina, etnik, umur,taraf perkahwinan, taraf pekerjaan dan tahap pendidikan. Pengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik sebagai instrumen utama bagi mendapatkan data dalam kajian ini. Data yang diperolehi seterusnya dianalisis dengan menggunakan kekerapan, peratusan, analisis min, Mann Whitney dan Kruskal-Wallis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor perfectionictic (High Quality Conscious) merupakan faktor utama mempengaruhi keputusan pengguna semasa membeli sesuatu barangan. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan proses membuat keputusan dalam tingkah laku membeli di antara lelaki dan perempuan. Manakala terdapat perbezaan yang signifikan proses membuat keputusan dalam tingkah laku membeli berdasar etnik, status perkahwinan, umur, tahap pendidikan dan taraf pekerjaan di kalangan responden.