Kajian ke atas pembangunan sosio budaya perkampungan nelayan tradisional di Negeri Johor: Endau, Mersing, Pontian Besar Dan Tanjung Sedili

Fokus kajian ini adalah untuk mengkaji ciri-ciri sosio budaya yang menyumbang kepada pembangunan sosial perkampungan nelayan tradisional di sekitar Endau, Mersing, Tanjung Sedili dan Pontian Besar. Seramai 168 responden telah dipilih secara rawak dari 19 kampung dari kawasan kajian terpilih. Dapatan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Awang, Siti Rahmah, Idrus, Durrishah, Omar, Rozeyta, Abdul Rahman, Siti Aisyah
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Teknologi Malaysia 2004
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/2714/1/71975.pdf
Description
Summary:Fokus kajian ini adalah untuk mengkaji ciri-ciri sosio budaya yang menyumbang kepada pembangunan sosial perkampungan nelayan tradisional di sekitar Endau, Mersing, Tanjung Sedili dan Pontian Besar. Seramai 168 responden telah dipilih secara rawak dari 19 kampung dari kawasan kajian terpilih. Dapatan kajian menunjukkan majoriti nelayan mempunyai latar belakang pendidikan yang sederhana dengan pendapatan yang diperolehi sekitar RM300 hingga RM500 sebulan dengan tanggungan sekurang-kurangnya seorang anak. Kebanyakan responden telah berkecimpung dalam kerja penangkapan ikan ini lebih daripada 20 tahun dan didapati mereka memilih pekerjaan ini disebabkan minat dan warisan. Hasil kajian juga mendapati golongan nelayan ini amat memerlukan bantuan terutamanya bantuan kewangan bagi menampung kehidupan mereka dan pembelian perkakasan. Hubungan kekeluargaan didapati erat dan kepimpinan sedia ada dapat diterima baik oleh masyarakat. Program, latihan dan persatuan tidak mendapat sambutan yang begitu baik oleh masyarakat setempat terutamanya dari kaum wanita. Dadah, vandalisme dan melepak adalah antara gejala sosial yang perlu diberi perhatian. Akhir sekali, beberapa cadangan dan garis panduan diberikan bagi membantu meningkatkan pembangunan perkampungan nelayan negeri Johor dari sudut sosio budaya dalam mengharungi arus globalisasi kini.