Summary: | Keselamatan data amat penting pada era siber. Salah satu mekanisme keselamatan data ialah kriptografi iaitu satu teknik yang menukarkan maklumat kepada bentuk yang tidak dapat dibaca atau difahami dengan menggunakan kekunci. Buku ini membincangkan pembangunan algoritma kriptografi yang terdiri daripada kriptografi kekunci simetri dan tak simetri. Bagi memudahkan kefahaman algoritma kekunci tak simetri, asas teori maklumat dan teori nombor juga diterangkan dalam buku ini. Selain daripada itu, algoritma cincang dan pengenalan steganografi juga dimuatkan. Buku ini sesuai digunakan oleh pelajar peringkat ijazah sarjana muda dan juga sarjana serta mereka yang ingin melakukan pembangunan perisian keselamatan data.
|