Kemahiran maklumat: teori & amalan

Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi, maklumat tercipta sepanjang masa dan boleh diperoleh dengan kuantiti yang banyak dari segenap penjuru dunia pada bila-bila masa. Walaupun pengetahuan dan maklumat berlipat ganda, masa untuk mengesan, memperoleh, dan memproses maklumat yang betul-betul men...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Salim, Juhana, Mohamed Kassim, Junaidah, Jaafar, Azizah
Format: Book
Language:English
Published: Penerbit UTM 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/30115/1/JuhanaSalim2010_KemahiranMaklumatTeoriAmalan.pdf
Description
Summary:Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi, maklumat tercipta sepanjang masa dan boleh diperoleh dengan kuantiti yang banyak dari segenap penjuru dunia pada bila-bila masa. Walaupun pengetahuan dan maklumat berlipat ganda, masa untuk mengesan, memperoleh, dan memproses maklumat yang betul-betul menepati kehendak adalah terhad. Dalam keadaan sedemikian, tidak dinafikan individu sebenarnya menghadapi pelbagai kesulitan mengesan, memilih, dan menggunakannya secara berkesan untuk menyelesaikan masalah dalam masa yang singkat. Era maklumat pada masa kini menfokuskan kepada masyarakat yang bermaklumat. Masyarakat yang bermaklumat mampu untuk menguasai kehidupan, dapat mengendalikan maklumat dengan bijaksana, dan mereka sendiri mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Kemampuan untuk mengumpul, memproses, mencari, mencapai, dan mengagihkan maklumat merupakan satu cabaran dalam mengurus maklumat. Walaupun begitu, ledakan maklumat semata-mata tidak menjamin individu menjadi seseorang yang bermaklumat jika tidak mempunyai strategi menyimpannya dalam minda. Proses mengingat maklumat harus diiringi dengan kefahaman, analisis, dan sintesis. Buku ini menghuraikan program kemahiran maklumat yang mengintegrasi komponen kemahiran yang berkaitan dengan proses kognitif manusia seperti kemahiran berfikir secara kritis, kreatif, dan lateral yang membolehkan individu mengenal pasti keperluan maklumat, memformulasi persoalan berdasarkan keperluan maklumat, menjana strategi pencarian, mengakses, menilai, mengguna, dan mengorganisasi maklumat serta menyampaikan maklumat.