Summary: | Buku ini mendedahkan pengenalan terperinci tentang mikrostruktur dan sifat keluli yang sehingga kini merupakan kumpulan aloi logam paling meluas digunakan. Telah disusun semula dan dikemaskini, edisi kedua ini telah menjadi buku teks yang unggul dan telah mendedahkan pembaca dengan segala aspek perkembangan terkini dalam sains bahan. Bab baru termasuklah tentang: ferit jejarum, sekarang ini merupakan satu struktur dalam sesetengah aloi; kawalan mikrostruktur kimpal, yang merupakan satu perkara penting perlu dipertimbangkan; dan permodelan mikrostruktur untuk mendapatkan prestasi optimum. Rujukan terperinci yang didapati amat berharga dalam edisi pertama telah dikemaskini secara komprehensif. Walau bagaimanapun, gaya persembahan masih dikekalkan. Dengan huraian yang jelas dan ilustrasi yang menarik, Buku ini sangat sesuai untuk bacaan mereka yang ingin mendapatkan pengetahuan asas tentang mikrostruktur logam dan juga untuk para profesional yang berpengalaman yang memerlukan perkembangan semasa dan terkini.
|