Faktor-faktor mempengaruhi pencapaian pelajar cemerlang di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kelantan bagi semester Disember 2005-Mei 2006

Matlamat kajian adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar cemerlang. Kedua, kajian juga mengkaji apakah faktor-faktor yang akan meningkatkan lagi pencapaian pelajar-pelajar cemerlang ini. Ketiga, kajian mengkaji apakah terdapat perbezaan faktor yang mempengaruhi p...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Amir Razli, Meer Zhar Farouk, Salleh, Muhammad Shukri, Yusoff, Mohd. Zahari
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2006
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/330/2/MeerZharFarouk2006_Faktorfaktormempengaruhipencapaianpelajar.pdf
Description
Summary:Matlamat kajian adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar cemerlang. Kedua, kajian juga mengkaji apakah faktor-faktor yang akan meningkatkan lagi pencapaian pelajar-pelajar cemerlang ini. Ketiga, kajian mengkaji apakah terdapat perbezaan faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar lelaki dan wanita. Keempat, kajian juga melihat perkaitan pencapaian akademik pelajar dengan tahap pergaulan mereka. Sample kajian terdiri daripada 62% iaitu seramai 110 orang pelajar daripada semester 2 sehingga 7 diploma dan ijazah yang mempunyai pencapaian Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.5 dan keatas di UiTM Kampus Kelantan. Instrument kajian adalah satu soal selidik yang diedar kepada sampel kajian. Data dianalisa dan diproses dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 12.0. Hasil kajian menunjukan dorongan ibu bapa yang kuat menyumbang sebanyak 88.2% berada pada tahap sangat kuat dan kuat. Manakala dorangan ahli keluarga menyumbang sebanyak 89 % pada tahap kuat dan sangat kuat dalam memastikan kejayaan pelajar.