Rekabentuk asas di dalam program pengawalan kualiti udara

Pencemaran alam adalah satu daripada gejala yang sangat banyak diperbincangkan oleh semua pihak di serata dunia ketika ini. Pencemaran air, udara, sisa kima berbahaya dan sebagainya adalah akibat daripada proses pembangunan dan perindustrian yang pesat tanpa mengira hasil-hasil buangan serta kesan-k...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohd. Yusoff, Mohd. Rashid
Format: Article
Language:English
Published: 1990
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/3733/1/MohdYusoff1990_RekabentukAsasDiDalamProgram.pdf
Description
Summary:Pencemaran alam adalah satu daripada gejala yang sangat banyak diperbincangkan oleh semua pihak di serata dunia ketika ini. Pencemaran air, udara, sisa kima berbahaya dan sebagainya adalah akibat daripada proses pembangunan dan perindustrian yang pesat tanpa mengira hasil-hasil buangan serta kesan-kesan buruk terhadap alam sekeliling. Peristiwa demi peristiwa seperti kejadian 'asap hitam' di London, kabut tebal di kawasan perindustrian Meuse Valleh, Belgium dan di pekan kecil Donora, Pennsylvania, semuanya melibatkan kematian akibat daripada pencemaran udara yang dahsyat. Tidak ketinggalan juga kejadian hujan berasid yang menjadi perbualan hangat dewasa ini di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Konsep pengawalan kualiti udara adalah sangat penting terutama kepada mereka-mereka yang terlibat secara langsung dengan aktiviti-aktiviti perindustrian. Ini bermakna segala bahan-bahan emissi atau hasil buangan mestilah dikawal rapi melalui perancangan-perancangan yang menyeluruh dengan mengambil kira segala aspek yang boleh. Perancangan seperti mengambil kira rekabentuk proses ketika masih di peringkat awal lagi dapat mengawal atau mengurangkan bahan-bahan pencemaran. Ini mestilah dijadikan sebagai satu langkah asas di dalam program pengawalan kualiti udara.