Summary: | Bahan-bahan berkapur dan lempung merupakan bahan mentah utama yang digunakan untuk menghasilkan Simen Portland Biasa dan Simen Portland Kelas G dengan sebatian kimia utamanya terdiri daripada tricalcium aluminate, tricalcium silicate, dicalcium silicate dan tetracalcium aluminoferrite. Sehingga kini kesemua Simen Portland Kelas G yang digunakan di dalam proses penyimenan telaga minyak dan telaga gas di Malaysia masih lagi di import dari luar negara. Untuk mengatasi masalah ini, kajian kesesuaian dengan menggunakan kaedah Spesifikasi API (American Petroleum Institute) ke atas Simen Portland Biasa telah dilakukan. Di antara kajian yang di lakukan adalah penentuan kerencaman simen, ketumpatan, air bebas, kadar kehilangan air, masa penebalan buburan, kebolehtelapan dan kekuatan mampatan. Secara am, Simen Portland Biasa boleh di gunakan dan lebih ekonomi kerana menggunakan bahan-bahan simen tempatan.
|