Summary: | Penghayatan agama (religiosity) mengandungi pengertian menterjemah dan mengamalkan ajaran agama secara komprehensif dalam cara berfikir, bercakap, bertingkahlaku, menetapkan prinsip, keputusan dan tindakan dalam segenap aspek kehidupan dengan berumbikan pengetahuan dan kefahaman agama. Dalam konteks pembangunan pelajar di Malaysia, penghayatan agama merupakan salah satu elemen teras yang mempengaruhi kualiti peribadi seseorang pelajar. Ia mampu membentuk dan mempertingkat nilai insan dengan meraikan segala unsur yang ada padanya dari segi mental, fizikal, emosi dan spiritual. Kajian menggunakan kaedah analisis kandungan (content analysis) sebagai rekabentuk kajian. Maklumat kajian diperoleh melalui kitab tulisan al-Imam al-Ghazali dan buku-buku yang menghuraikan pemikiran beliau. Kertas kerja ini cuba menganalisis beberapa pandangan al-Imam al-Ghazali dalam ruang lingkup penghayatan agama, khususnya berkaitan aspek kerohanian yang menjadi wahana membangunkan nilai insan secara holistik dan menyediakannya sebagai suatu daya kawal manusia bagi memelihara unsur ruhiyyah yang halus iaitu jiwa rohani manusia atau latifah rabbaniyyah ruhaniyyah; melalui konsep pembersihan jiwa (tazkiyat al-nafs) berdasarkan karyanya seperti Ihya’ 'Ulum al-Din, Minhaj al-'Abidin dan Ayyuha al- Walad.
|