Impact of automation on the operators' performance : a case study of firms in Johor

Persaingan yang hebat antara syarikat pembuatan masa kini memberi tekanan kepada setiap syarikat mencari jalan untuk terus kekal berdaya saing. Satu cara untuk memastikan syarikat terus kekal dalam persaingan adalah melalui peningkatan kualiti dan kuantiti produk yang dihasilkan dengan menggunakan a...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Wan Ismail, Wan Khairuzzaman, Mohd. Amin, Abdul Aziz, Fitri, Neng Sri Novi, Kassim, Mohd. Shah
Format: Monograph
Language:English
Published: Faculty of Management and Human Resource Development 2005
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/3755/1/WANKHAIRUZZAMANWANISMAIL75097.pdf
Description
Summary:Persaingan yang hebat antara syarikat pembuatan masa kini memberi tekanan kepada setiap syarikat mencari jalan untuk terus kekal berdaya saing. Satu cara untuk memastikan syarikat terus kekal dalam persaingan adalah melalui peningkatan kualiti dan kuantiti produk yang dihasilkan dengan menggunakan automasi. Laporan ini membentangkan satu kajian tinjauan tentang hubungan penggunaan automasi industri dengan prestasi kerja operator. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti hubungan penggunaan automasi industri daripada aspek kecekapan, sikap, kepuasan, kesesuaian dan kepercayaan menggunakan automasi industri. Responden yag terlibat adalah operator pengeluaran yang bekerja menggunakan automasi di syarikat pembuatan yang beroperasi di sekitar Johor. Pengumpulan data dilakukan dengan mengunakan kaedah soal selidik sebagai instrumen utama. Dapatan kajian menunjukkan keberkesanan dan tahap penggunaan automasi industri oleh responden secara keseluruhannya berada pada tahap tinggi dari aspek kecekapan, aspek sikap, kepuasan dan kepercayaan kecuali aspek kesesuaian yang diukur berada pada tahap sederhana. Analisis terhadap prestasi kerja operator menunjukkan bahawa majoriti berada di tahap tinggi. Perbandingan turut dibuat antara responden daripada warganegara Malaysia dan Indonesia. Dapatan kajian juga menunjukkan tiada hubungan positif antara aspek kecekapan, sikap, kepuasan, kesesuaian dan kepercayaan dalam penggunaan automasi dengan prestasi kerja.