Penterjemahan dan peranannya dalam Pendidikan Islam masyarakat Malaysia

Penterjemahan mempunyai erti yang sangat penting dalam pembangunan peradaban manusia kerana peranannya mendidik masyarakat memperolehi maklumat asing melalui bahasanya sendiri. Usaha menterjemah bermaksud "usaha mengalihkan fikiran konseptual yang ditulis oleh penulis bahasa sumber dengan segal...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Jasmi, Kamarul Azmi, Suratman, Azmi Shah
Other Authors: Hassan, Abdullah
Format: Book Section
Language:English
Published: PTS Publication & Distributors Sdn Bhd 2005
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/41129/2/KamarulAzmiJasmi2005_PenterjemahandanPeranannyadalamPIMasyarakatMalaysia.pdf
Description
Summary:Penterjemahan mempunyai erti yang sangat penting dalam pembangunan peradaban manusia kerana peranannya mendidik masyarakat memperolehi maklumat asing melalui bahasanya sendiri. Usaha menterjemah bermaksud "usaha mengalihkan fikiran konseptual yang ditulis oleh penulis bahasa sumber dengan segala gagasan dan pengalaman yang dapat menambah dan mempekaya budaya dan meranngsang kemajuan peradaban bangsa bahasa sasaran" (H. Anhari Basuki, 2000). Salah satu sendi perkembangan peradaban manusia ialah bidang penerjemahan. Sebuah peradaban yang ingin terus maju mestilah menjadikan bidang perterjemahan salah satu bidang utama dalam peradabannya. Ini adalah kerana bidang perjemahan adalah satu bidang yang sangat penting dalam perpindahan ilmu dari satu bahasa kepada bahasa yang lain. Melaluinya, banyak rahsia-rahsia ilmu dari sesuatu bangsa dapat dikembangkan kepada bangsa-bangsa yang lain (Ahmad Fawzi Mohd. Basri, 2001). Kepentingan penterjemahan ini sacara umumnya penting dalam bidang-bidang strategik negara termasuklah bidang pendidikan. Tingginya usaha penterjemahan menjadikan negara dapat dikembangkan ke tahap teknologi baru dan terkini kepada semua lapisan masyarakat. Dalam bidang pendidikan, penterjemahan menyumbangkan pengetahuan baru lagi terkini kepada guru-guru dan pelajarnya sama ada di peringkat pengajian tinggi apatah lagi pada peringkat menengah dan yang lebih rendah daripadanya. Sedikit sebanyak usaha penterjemahan dalam bidang material dan teknologi sudah berjalan di atas landasannya yang betul yang membolehkan usaha-usaha kemasukkan teknologi dapat dibangunkan di dalam negara. Namun sejak awalnya lagi kita lupa tentang peranan penterjemahan dalam kemajuan kerohanian kita yang mana kita menjadikan Islam sebagai agama resmi negara. Kurangnya usaha penterjemahan kitab-kitab turath Islam yang utama menyebabkan ajaran Islam tidak dapat difahami dengan mendalam dan menyeluruh. Ini ditambah dengan kurangnya usaha untuk memajukan bahasa Arab sebagai usaha menjadikan bahasa yang seiring dengan usaha yang dilakukan sebagaimana bahasa Inggcris. Ironinya ilmu-ilmu Islam yang terdapat dalam kitab-kitab turath yang tebal dan berbahasa Arab akan terus tersimpan akibat kurangnya usaha yang gigih negara untuk menyalurkannya kepada rakyat melalui penterjemahan.