Tatacara ‘start-up’ reaktor sesekat anaerobik

Kebanyakan proses-proses industri yang berkaitan dengan pemakanan dan pengeluaran alkohol beroperasi secara bermusim. Oleh itu, loji rawatan bahan buangan juga ditutup dan digunakan mengikut musim. Tujuan projek ini ialah untuk mempelajari suatu tatacara permulaan (start-up) mudah untuk Reaktor An...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Hassan, Azman
Format: Article
Published: Faculty of Chemical & Natural Resources Engineering 1989
Subjects:
Description
Summary:Kebanyakan proses-proses industri yang berkaitan dengan pemakanan dan pengeluaran alkohol beroperasi secara bermusim. Oleh itu, loji rawatan bahan buangan juga ditutup dan digunakan mengikut musim. Tujuan projek ini ialah untuk mempelajari suatu tatacara permulaan (start-up) mudah untuk Reaktor Anaerobik Sesekat (Anaerobic Baffled Reactor). Satu Reaktor Anaerobik Sesekat berukuran 6 liter telah digunakan. Bahan kepada reactor ialah ‘pot ale’ bir berwarna muda yang didapati dari kilang penyulingan wiski. Masa penahan hidraulik (Hydraulic Retention Time) ialah 15 hari dan bahan buangan itu dilarutkan kepada 20% kepekatan asal dan nilai pHnya diubah kepada 7 dengan dicampur sedikit alkali. Ukuran yang dilakukan secara tetap ialah COD (Permintaan Oksigen Kimia atau Chemical Oxygen Demand), pH dan kandungan pepejal. Kepekatan asid lemak meruap diukur pada permulaan dan akhir uijikaji. Pengurangan COD yang didapati daripada uji kaji ialah 50% dan ianya adalah kurang daripada yang diharapkan daripada sebuah loji rawatan komersial. Penurunan pH yang mendadak sebagaimana yang diperhatikan pada sampel 2 di penghujung ujikaji akan menyebabkan kegagalan pada pecerna. Oleh itu, bolehlah disimpulkan bahawa ‘start-up’ ini tidak berjaya kerana pH yang rendah disebabkan oleh pengalkalian yang semakin kurang. Apabila enapcemar air buangan bandaran dihadamkan, nitrogen ammonia dikeluarkan daripada degradasi protein menghasilkan pengalkalian yang boleh menolong mengawal nilai pH neutral. Bagaimanapun, kebanyakan bahan buangan industri tidak mempunyai cukup sebatian yang mengandungi nitrogen organik. Oleh yang demikian alkali perlu ditambah untuk mengawal tahap pH yang memuaskan. Penambahan alkali boleh menambahkan kos rawatan bahan buangan industri dengan proses anaerobik dan kajian dalam hal ini yang perlu dilakukan.