Summary: | Abstrak Kepimpinan adalah salah satu komponen yang perlu diterapkan di kalangan pelajar-pelajar kolej
terutamanya kepada Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM). Penerapan ini perlu dilaksanakan secara berterusan
melalui pelbagai program pembentukan dan pemantapan kepimpinan pelajar. Justeru itu, pembaharuan perlu
dilakukan dalam proses perlaksanaan program-program kepimpinan pelajar antaranya ialah penggunaan teknologi
komunikasi maklumat (ICT). Objektif utama kertas kerja ini, adalah untuk membangunkan satu sistem yang dapat
membantu memantapkan lagi kepimpinan kolej. Oleh itu, kami telah membangunkan CoLMIS yang merupakan
satu sistem maklumat yang membantu melicinkan lagi pengurusan kepimpinan kolej-kolej kediaman pelajar.
Sistem ini dapat membantu memudahkan lagi gerak kerja sesuatu program pembangunan pelajar yang ingin
dijalankan.
|