Summary: | Bahan pemberat lazim yang digunakan dalam industri petroleum ialah barit. Peningkatan aktiviti penggerudian telah meningkatkan penggunaan barit berkualiti tinggi. Akibatnya rezab barit berkurang. Sehubungan itu, bahan pemberat gantian perlu dicari sebelum keadaan menjadi runcing. Satu daripada bahan yang dikenal pasti dan mempunyai potensi ialah hematit. Selain sifat reologi, ujian keabrasifan turut dilakukan terhadap lumpur yang mengandungi hematit. Rig pengujian keabrasifan telah direka bentuk dan dibina untuk pengujian terbabit. Pembinaan rig melibatkan penulis, juruteknik, dan pelajar tahun akhir.
|