Summary: | Di negara kita terdapat banyak empangan yang digunakan untuk berbagai tujuan seperti menjana tenaga elektrik, bekalan air dan saliran. Empangan ini terdedah kepada banyak faktor yang boleh menjejakkan kestabilan dan merosakkannya. Di antara faktor-faktor ini adalah hujan lebat. gempa bumi, tanah runtuh, mendapan dan sebagainya. Untuk mengetahui mengenai kestabilan empangan, beberapa kaedah boleh digunakan. Di antara kaedah-kaedah ini adalah seperti kaedah geodetik, kaedah geoteknik, fotogrametri terrestrial dan sebagainya. Dalam kajian ini, kaedah fotogrametri terrestrial akan digunakan. Kaedah ini pernah dilakukan opleh negara-negara maju dan didapati kaedah ini cepat, jitu dan menjimatkan koso Lazimnya ke1ja-ke1ja deformasi bagi tujuan pengawasan empangan dijalankan dengan kaedah geodetik. Kaedah ini memerlukao mass yang panjang unutk kerja-kerja di lapangan untuk mengutip data-<1ata cerapan yang meneukupi. Walau bagaimanapun, penggunaan kaedah fotogrametri terrestrial dapat dilakukan dengan cepat kerana kaedah ini melibatkan kerja-kerja pengambilan fotograf terrestrial di lapangan dengan kamera metrik yang direkabentuk kbas dengan jitu. Kerja-kerja lain dalam kaedah ini seperti hitungan dan analisis dibuat eli makmal. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini boleh dipraktikkan di negara kita kerana ia dapat memberikan hasil yang tepat, menjimatkan masa dan kos serta cepat.
|