Summary: | Model Rupabumi Berdigit (DTM) boleh digunakan untuk membantu dalam penganalisisan rupabumi untuk kerja-kerja perancangan pembangunan tanah (seperti pemilihan lokasi terbaik untuk sesuatu tujuan, dan sebagainya). DTM boleh dijana dengan menggunakan pelbagai sumber data, diantara yang popular adalah pendigitan garis kontur dari peta topografi, ukur lapangan (seperti GPS), dan pendigitan 3D fotogrametri. Kajian ini menggunakan data DTM (garis kontur dan GPS). Tujuan kajian iniuntuk men cuba mengajukan satu cara untuk mengemaskinikan maklumat topografi (rupabumi) yang
terdapat pada peta topografi dengan menggabungkan data kontur berdigit dengan data GPS. DTM dijana dengan menggunakan kedua-dua data ini, iaitu dengan kontur berdigit sahaja, dan dari gabungan (kontur + GPS). Penjanaan
DTM di lakukan dengan modul TIN yang ada dalam perisian Arc/Info Rev. 6.1. Daripada DTM yang dijana, pemetaan kecerunan dan aspek (slope and aspect mapping) dapat dihasilkan, dan seterusnya satu analisis pembentukan
kawasan berpotensi untuk pembangunan telah dilakukan berdasarkan kepada beberapa kriteria. Prosidur untuk menggabungkan dua jenis data ini dibentangkan. Analisis rupabumi untuk menjana kawasan berpotensi juga di
bentangkan. Beberapa cadangan di kemukakan untuk memperbaiki kajian yang telah di buat.
|