Kajian prestasi penyahikatan larutan dengan menggunakan kaedah taguchi

Proses penyahikatan larutan telah diterima secara meluas dalam proses pengacuan suntikan logam (MIM) berdasarkan kepada kemampuannya yang dapat mempercepatkan proses penyahikatan. Kertas kerja ini akan membentangkan pengoptimuman proses tersebut dengan menggunakan kaedah Taguchi. Selain daripada itu...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Jamaludin, Khairur Rijal, Muhamad, Norhamidi, Ab. Rahman, Mohd. Nizam, M. Amin, Sri Yulis, Ahmad, Sufizar, Ibrahim, Mohd. Halim Irwan, Murtadhahadi, Murtadhahadi, Mohamad Nor, Nor Hafiez
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/5789/1/ID_12.pdf
Description
Summary:Proses penyahikatan larutan telah diterima secara meluas dalam proses pengacuan suntikan logam (MIM) berdasarkan kepada kemampuannya yang dapat mempercepatkan proses penyahikatan. Kertas kerja ini akan membentangkan pengoptimuman proses tersebut dengan menggunakan kaedah Taguchi. Selain daripada itu juga, pengaruh faktor-faktor yang digunakan dalam kajian ini seperti suhu larutan, taburan saiz partikel, beban serbuk dan tekanan penyuntikan akan dibincangkan. Dua jenis serbuk logam akan digunakan dalam kajian ini iaitu serbuk SS316L pengatoman gas dan SS316L pengatoman air. Keputusan kajian ini mendapati bahawa suhu larutan yang digunakan untuk merendam jasad anum semasa proses penyahikatan larutan memainkan peranan yang besar sebanyak 91.602 % (serbuk SS316L pengatoman gas) dan sebanyak 84.978 % (serbuk SS316L pengatoman air) ke atas kadar penyahikatan larutan. Bagaimanapun, taburan serbuk logam hanya menyumbangkan sebanyak 6.638 % dan 12.228 % masing-masing bagi jasad anum serbuk SS316L pengatoman gas dan pengatoman air terhadap kadar penyahikatan tersebut. Suhu larutan untuk merendam jasad anum ini juga mempunyai tahap signifikan yang amat tinggi iaitu sebanyak 0.5% bagi kedua-dua jenis serbuk SS316L tersebut. Akan tetapi, taburan saiz partikel serbuk SS316L menunjukkan tahap signifikan yang sederhana tinggi iaitu 2.5% dan 1% bagi serbuk SS316L pengatoman gas dan pengatoman air masing-masing.