Keberkesanan penggunaan alatan tangan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah daerah Segamat, Johor

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan alatan tangan dalam pengajaran dan pembelajarandi Sekolah Menengah Daerah Segamat, Johor. Kajian ini menggunakan kaedah pensampelan rawak berlapis. Sampel kajian terdiri daripada 346 responden yang dipilih dari 5 buah sekolah menengah di D...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Hashim, Shahrin, Yahaya, Azizi, Siew Pang, Chu
Format: Article
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/5894/1/Aziziyah.KH.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan alatan tangan dalam pengajaran dan pembelajarandi Sekolah Menengah Daerah Segamat, Johor. Kajian ini menggunakan kaedah pensampelan rawak berlapis. Sampel kajian terdiri daripada 346 responden yang dipilih dari 5 buah sekolah menengah di Daerah Segamat yang melibatkan 2 buah sekolah menengah dari kawasan bandar dan 3 buah sekolah menengah dari kawasan luar bandar. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik yang mengandungi 40 item soalan. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 10 orang responden dari Sekolah Menengah Kamarul Arrifin dan Sekolah Menengah Dato Bentara Dalam untuk melihat kebolehpercayaan item-item soal selidik. Nilai kepercayaan hasil kajian rintis ialah 0.869. Perisian SPSS telah digunakan untuk menjalankan analisis statistik. Data analisis menggunakan statistik deskriptif yang meliputi min, peratusan, sistem piawai dan ujian-t. Hasil kajian mendapati keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup aspek penggunaan alatan tangan di kalangan guru Sekolah Menengah di Daerah Segamat, Johor adalah berada pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian juga mendapati tidak wujud perbezaan yang signifikan antara kaedah pengajaran guru, pelajar mengetahui peraturan keselamatan, pelajar mempraktikkan kemahiran dalam kehidupan harian dan guru mempunyai kemahiran dalam menggunakan alatan tangan sewaktu kelas amali di sekolah menengah kawasan bandar dan juga kawasan luar bandar, Daerah Segamat, Johor.