Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil di Johor Bahru

Abstrak Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat tahap pelaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup dan faktor-faktor yang mempengaruhi guru dalam pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup. Kajian ini dilakukan di 10 buah Sekolah Kebangssan Tamil di kawasan Johor Bharu dengan memfokuskan kepad...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Yahaya, Azizi, Chinnapan, Gangagoury
Format: Article
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/5914/1/aziziyah_KH_Tamil.pdf
Description
Summary:Abstrak Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat tahap pelaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup dan faktor-faktor yang mempengaruhi guru dalam pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup. Kajian ini dilakukan di 10 buah Sekolah Kebangssan Tamil di kawasan Johor Bharu dengan memfokuskan kepada tahap pengetahuan, minat, beban tugas, kesesuaian bengkel dan juga sokongan pihak pentadbiran. Seramai 50 orang guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil dipilh sebagai sampel kajian. Instrumen kajian adalah dalam bentuk soal-selidik dan nilai kebolehpercayaan (alpha croanbach) yang diuji melalui kajian rintis adalah α = 0.7636. Dapatan kajian dianalisis melalui komputer dengan menggunakan perisian SPSS Statistical PackageS For Social Science 11.5 meliputi kekerapan, peratus, min, sisihan Piawai dan Ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor pengetahuan dan minat guru berada pada tahap yang tinggi. Manakala faktor kesesuaian bengkel,beban tugas dan sokongan pihak pentadbir berada pada tahap sederhana. Berdasarkan Ujian-t didapati bahawa tiada perbebezaan yang dikenalpasti antara jantina dengan faktor-faktor yang dikaji dalam kajian ini. Kajian ini juga mencadangkan beberapa cadangan kepada pihak berkenaan untuk memberikan perhatian khusus terhadap masalah pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Rendah Kebangssan Tamil. Kajian ini perlu dilakukan di seluruh negeri untuk mendapatkan keputusan yang sebenar.