Pembangunan MyGSP: sumber atas talian bahan pengajaran matematik berbantukan perisian geometer's sketchpad (GSP)

MyGSP dibangunkan berikutan timbulnya kekangan-kekangan yang dihadapi oleh guru untuk mengintegrasikan perisian Geometer’s Sketchpad (GSP) dalam pengajaran matematik di dalam bilik darjah. Berpandukan Model Reka Bentuk Air Terjun, pembangunan MyGSP dimulakan dengan menganalisis keperluan pengguna me...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abdullah, Abdul Halim, Surif, Johari, Ibrahim, Nor Hasniza, Ali, Marlina
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/61043/1/AbdulHalimAbdullah2014_PembangunanMYGSPSumberAtasTalianBahanPengajaran.pdf
Description
Summary:MyGSP dibangunkan berikutan timbulnya kekangan-kekangan yang dihadapi oleh guru untuk mengintegrasikan perisian Geometer’s Sketchpad (GSP) dalam pengajaran matematik di dalam bilik darjah. Berpandukan Model Reka Bentuk Air Terjun, pembangunan MyGSP dimulakan dengan menganalisis keperluan pengguna melalui tinjauan literatur serta tinjauan ringkas. Daripada analisis tersebut, tiga kekangan utama dikenalpasti iaitu kekurangan masa untuk merancang pengajaran berbantukan GSP, kurangnya kursus berkaitan pengintegrasian GSP dalam pengajaran dan kurangnya sumber rujukan pengajaran matematik berbantukan perisian GSP. Justeru dengan mengambilkira peralatan komputer yang sedia ada di sekolah, pengkaji telah membangunkan MyGSP untuk mengatasi kekangan-kekangan tersebut. Dalam fasa reka bentuk, pengkaji telah membangunkan bahan-bahan pengajaran berbantukan perisian GSP untuk topik-topik matematik sekolah menengah daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima. Strategi-strategi pengajaran yang dapat menjana kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) pelajar diaplikasikan ke dalam bahan pengajaran. Selain itu, video tutorial penggunaan GSP dalam bahan pengajaran turut dibangunkan. Dalam fasa pelaksanaan dan pengujian unit, seramai 30 orang pelajar tahun akhir Sarjana Muda Pendidikan Matematik telah terlibat dalam memberi pandangan mereka terhadap bahan-bahan yang telah dibangunkan. Dalam fasa integrasi, modul-modul yang terlibat iaitu Modul Bahan Pengajaran, Modul Muat Turun, Modul Forum dan Modul Video Tutorial telah digabungkan ke dalam suatu sistem yang dikenali sebagai MyGSP. Sistem MyGSP ini juga akan dikemaskini dan ditambahbaik dari semasa ke semasa dalam fasa penyelenggaraan. MyGSP ini diharapkan dapat memenuhi keperluan guru untuk mengintegrasikan perisian GSP ke dalam pengajaran mereka.