Penilaian kendiri pelajar terhadap kemahiran generik melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum badan beruniform

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penguasaan kemahiran generik melalui penilaian kendiri terhadap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum badan beruniform. Dalam kajian ini, hanya lima konstruk kemahiran generik dijadikan sebagai fokus kajian iaitu kemahiran kepimpinan, kemahiran komun...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Musitar, Faezah Noor, Ibrahim, Halijah, Mohd. Hashim, Asha Hasnimy, Zainuddin, Zainal Abidin
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/61117/1/HalijahIbrahim2014_PenilaianKendiriPelajarTerhadapKemahiranGenerik.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penguasaan kemahiran generik melalui penilaian kendiri terhadap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum badan beruniform. Dalam kajian ini, hanya lima konstruk kemahiran generik dijadikan sebagai fokus kajian iaitu kemahiran kepimpinan, kemahiran komunikasi, kemahiran bekerja dalam kumpulan, kemahiran membuat keputusan dan kemahiran penyelesaian masalah. Seramai 150 orang pelajar dari sebuah sekolah terpilih yang menjalankan aktiviti kokurikulum melibatkan 10 jenis badan beruniform telah dijadikan sebagai responden dalam kajian ini. Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dan diedarkan kepada responden. Soal selidik mengandungi 25 item berbentuk penilaian kendiri dengan nilai kebolehpercayaan bagi item ini adalah a= .90. Penganalisaan data dibuat dengan menggunakan Stastistical Package for the Social Sciences (SPSS) Version 20.0 dan hasilnya diterjemahkan dalam bentuk mod, median dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan bahawa penilaian kendiri pelajar terhadap penguasaan kesemua konstruk kemahiran generik dapat dipertingkatkan melalui penyertaan aktiviti kokurikulum. Walaubagaimanapun, terdapat 2 kemahiran generik yang menunjukkan peningkatan yang ketara melalui dapatan nilai mod yang diperolehi. Peningkatan tersebut dilihat bagi item kemahiran kepimpinan dan kemahiran komunikasi. Secara keseluruhannya, pelajar menilai diri mereka secara positif melalui perubahan tahap penilaian kendiri setelah menyertai aktiviti kokurikulum.